Laman Web Rasmi Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Laman web rasmi

JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH

Perutusan Pengarah

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Selamat datang ke laman sesawang Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengisi ruangan ini di dalam laman sesawang Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Jabatan Keretapi Negeri Sabah merupakan salah satu jabatan yang diletakkan di bawah portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah (KPI). Jabatan ini berfungsi sebagai sebuah jabatan yang mengendalikan pengangkutan keretapi dan memainkan penting sebagai medium pengangkutan utama. Sebagai jabatan pengangkutan keretapi yang terulung di Sabah kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan yang cemerlang khususnya untuk masyarakat di negeri ini.


Berlandaskan kepada sistem pengangkutan utama di negeri ini, jabatan ini berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berupaya untuk memenuhi keperluan semasa. Perkhidmatan pengangkutan keretapi yang ditawarkan bertepatan dengan senario dan cabaran perubahan struktur sosio-ekonomi semasa yang telah menimbulkan beberapa cabaran dalam sistem pengangkutan khususnya pergantungan untuk tujuan pengangkutan hasil pertanian, bahan makanan, bahan mentah, orang awam dan sebagainya yang meningkat akibat pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan sekitaran di negeri ini.


Saya amat berharap laman sesawang ini dapat menyumbang kepada semua pengunjung dan pihak berkepentingan dalam mengenali perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Harapan saya juga ianya dapat membantu memberi maklumat yang lebih jelas kepada semua pelawat serta orang ramai untuk mendapat maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan di Jabatan Keretapi Negeri Sabah termasuklah aktiviti pembangunan dan sebagainya.


Saya harap laman sesawang ini akan terus memberi panduan berguna kepada mereka yang melayarinya dan saya yakin semua pegawai Jabatan Keretapi Negeri Sabah sentiasa komited dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama membantu anda. Jabatan Keretapi Negeri Sabah sedang menuju ke tahap yang lebih moden dan akan menjadi sebuah jabatan pengangkutan terbaik di negeri ini. Bagi memantapkan mutu dan pengurusan perkhidmatan di jabatan ini anda dialu-alukan untuk memberikan komen dan cadangan kepada kami melalui saluran yang disediakan.


Selamat melayari laman sesawang ini.


Sekian dan terima kasih.

Leonard Stephen Poyong

Pengarah

Jabatan Keretapi Negeri Sabah


“Moving Towards Change”

Alamat kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Emel: latihankorporat@gmail.com

Faks: 088-279319

Dasar Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail bunyi, fail video, susunan struktur, kod sumber dan semua aspek lain adalah hak cipta oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diniagakan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk sebarang tujuan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, atau sumber yang betul.


ADUAN AWAM

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No. 1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

latihankorporat@gmail.com

088-279 300